Wednesday, 19 September 2012

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ni nak kongsi satu cerita tentang kek :) Ada satu hari tu iba-tiba terasa nak buat kek Red Velvet sebab sana sini orang asyik bercerita tentang red velvet. Macam ketinggalan pula sebab tak pernah rasa Red Velvet tu. So dengan semangat baking yang berkobar-kobar terus buat sendiri. Yang kelakarnya lepas siap tu suruh mak dan adik-adik rasa. Masing-masing jadi confuse, betul ke rasa dia macam ni? Sebab semua tak pernah rasa kek Red Velvet. So tak tau macam mana rasa yang sebenar. LOL -_-

Lepas tu mula lah mencari juri-juri tak bertauliah, ramai yang bagi feedback yang positif. Maknanya menjadi jugak la kek tu . Yay! :)

Kat bawah ni gambar-gambar cupcake Red Velvet hasil tangan Cik Fatin ni. Hee




Ni gambar baru keluar oven, tak hias lagi. Cari-cari idea nak hias macam mana. 



Lepas tu jadi la macam ni.. Jeng jeng jengggg...




Dan banyak lagi...



Dan.... bahagian dalam dia. Cantik sangat kan merah dia :)








Haa terliur tak? ;) Macam tu la serba sedikit cerita tentang Red Velvet Cik Fatin ni. Nanti saya akan update lagi hasil baking yang lain. Al maklum lah sekarang tangah musim gila baking. Hari-hari ada je benda nak try. So time tengah rajin ni jangan lah nak kacau. Ngehee :p

p/s: Sila lah like fan page saya Fatin Dessert Delight untuk info lanjut dan promosi :)


No comments:

Post a Comment