Thursday, 20 September 2012

A.P.A.M

Assalamualaikum..

Hai kawan-kawan! Cuba teka hari ni saya buat apa? Saya, buat apam. Tapi bukan apam polka dot atau apam ladybird atau angry bird atau lain-lain.. Tapi, saya buat apam ice cream cornetto. Hah? Apa tu?? Tak pernah dengar pun? Ish ish kesiannya. Haha saya pun tak pernah tengok apam ice cream ni. Tapi masa tengok kak ita buat, terus rasa macam alaaaa comelnya!! Nak buat! Nak buat! Terus berlari ke kedai bakery beli barang-barang nak buat *over kau -_-*

Macam biasa la, ni 1st time nk buat apam. Haha. Pelik eh kenapa semua 1st time? Sebab sejak-sejak duduk rumah tak kerja ni, rajin lah buat macam-macam. Dulu dok buat cheese tart je, tak terfikir nak kembangkan bakat (lah sangat) sekarang baru la terhegeh-hegeh nak try tu, nak try ni. Haha. 

Ok back to the story, nak buat apam ni tak lah susah, sama je cara mcm buat apam polka dot tu kot. Cuma macam leceh sikit la. Tapi puas hati sangat dengan hasil dia. Cantik dan sedap! Saya letak 3 layer, maknanya ada 3 perisa. Rose, coklat dan keladi. Tapi sayangnya lupa nk ambil gambar proses kejadian dia. Huhu :(

Takpe2 kita layan gambar dulu..



Yang pertama dah keluar

Hiasan mengikut kreativiti sendiri yang tak berapa kreatif. Hehe





Serius memang sedap sangat apam ni. Walaupun dia kosong tak ada inti tapi tetap sedap sebab dah letak perisa. 3 pulak tu. Macam makan 3 benda dalam satu masa. Haa dapat bayangkan tak? :p

Itu saja dari saya. Sesiapa yang nak mencuba tu boleh la intai-intai dekat Kak Ita yang banyak memberi sumber inspirasi. Selamat mencuba dari saya Fatin Dessert Delight! Byeee! :)


Wednesday, 19 September 2012

Red Velvet Cupcakes

Assalamualaikum w.b.t....

Hari ni nak kongsi satu cerita tentang kek :) Ada satu hari tu iba-tiba terasa nak buat kek Red Velvet sebab sana sini orang asyik bercerita tentang red velvet. Macam ketinggalan pula sebab tak pernah rasa Red Velvet tu. So dengan semangat baking yang berkobar-kobar terus buat sendiri. Yang kelakarnya lepas siap tu suruh mak dan adik-adik rasa. Masing-masing jadi confuse, betul ke rasa dia macam ni? Sebab semua tak pernah rasa kek Red Velvet. So tak tau macam mana rasa yang sebenar. LOL -_-

Lepas tu mula lah mencari juri-juri tak bertauliah, ramai yang bagi feedback yang positif. Maknanya menjadi jugak la kek tu . Yay! :)

Kat bawah ni gambar-gambar cupcake Red Velvet hasil tangan Cik Fatin ni. Hee




Ni gambar baru keluar oven, tak hias lagi. Cari-cari idea nak hias macam mana. 



Lepas tu jadi la macam ni.. Jeng jeng jengggg...




Dan banyak lagi...



Dan.... bahagian dalam dia. Cantik sangat kan merah dia :)








Haa terliur tak? ;) Macam tu la serba sedikit cerita tentang Red Velvet Cik Fatin ni. Nanti saya akan update lagi hasil baking yang lain. Al maklum lah sekarang tangah musim gila baking. Hari-hari ada je benda nak try. So time tengah rajin ni jangan lah nak kacau. Ngehee :p

p/s: Sila lah like fan page saya Fatin Dessert Delight untuk info lanjut dan promosi :)


Saturday, 15 September 2012

Cheese Tart - dibuka untuk tempahan




Assalamualaikum..

Terima kasih kerana sudi singgah ke blog baru yang tak seberapa ini. Saya budak baru belajar, kalau salah sila tunjukkan. Hihi. Kali ni saya nak share cheesetart hasil tangan saya. Kini dibuka untuk tempahan. Kepada yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur boleh lah membuat tempahan cheese tart ni. Memang sedap dan comel, rugi siapa yang tak try :p Tempahan sentiasa dibuka, bukan time raya je. Untuk majlis, untuk minum petang, untuk hadiah, semua pun boleh.

Kalau nak tempah untuk buat hantaran atau doorgift pun boleh, bagitahu je nak hias tema warna apa. insyaAllah akan ditunaikan.

HARGA :

boleh pilih samada
-BLUEBERRY
- STRAWBERRY
-COKLAT

50 BIJI = RM 35

Untuk perisa special (Oreo & Almond choc)

50 BIJI = RM40

untuk maklumat lanjut dan TEMPAHAN SILA HUBUNGI  FATIN DI NO 016-4212432 atau facebook saya

- TERIMA KASIH -